Sunday, June 7, 2009

-SuaRa KaMi-

Ya ALLAH, ampunilah dosa2 kami.

Hamba sgt bersyukur pd mu ya ALLAH, atas segala yg kau berikan.

Keluarga yg sentiasa menemani dan menyayangi,

Guru2 yg x pernah mengenal erti lelah,

serta sahabat yg sentiasa bersama dlm suka mahupun duka.

Hamba sgt merinduimu ya ALLAH.



Sungguh agung kekuasaanmu yg menjadikan hamba dipenuhi rasa kerinduan yg mendalam

pada makhluk ciptaanmu, pd RasuL mu dan sahabat2 baginda.



Ya ALLAH,



Kemerduan suara yg kau berikan pd penyanyi terkenal,

Kebijakkan yg kau berikan pd pemimpin besar dunia,

Kecerdasan yg kau anugerahkan pd anak2 bangsa,

Kesempurnaan yg kau berikan pd alam semesta, semuanya dgn kekuasaan mu yg agung dan tiada tandingan....

Sunday, December 7, 2008

Info Ringkas Korban

Binatang Ternakan:

  • Unta
  • Lembu/Sapi
  • Kambing (include kambing biri2)
  • Kibas

Hukum:

  • Sunat muakkad bg yg mampu
  • Fardhu kifayah bagi satu keluarga
  • Wajib jika bernazar

Waktu:

-10/11/12/13 Zulhijjah

Hukum Bahagikan Daging:

  • Wajib sedekah kpd fakir miskin
  • Harus diberikan kpd org kaya

Cara Pembahagian Daging:

  • Sebahagian diberi kpd org miskin
  • Sebahagian diberikan kpd org ramai
  • Sebahagian diambil oleh pemilik

Hayati Konsep Pengorbanan

Zulhijjah atau bulan Haji kembali lagi menemui kita dimana 2 perkara besar berlaku dlm bulan ini iaitu difardhukan kpd umat Islam yg berkemampuan utk mengerjakan ibadah haji serta digalakkan kpd umat Islam utk melakukan ibadah korban. Kedua2nya memberikan pengertian, hikmah serta kesan yg besar dlm kehidupan sbg seorg insan.

Melalui ibadah haji, kita dpt mengukur sejauh mana kesungguhan, keikhlasan dan ketaqwaan seseorg itu dlm melaksanakan segala perkara yg diwajibkan dlm ibadah haji dgn sempurna.

Ibadah korban pula dilakukan bg memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail krn mematuhi perintah Allah. Penyembelihan binatang ternakan sbg simbol kpd pengorbanan harta bg meraikan peristiwa penting ini. Justeru, semangat pengorbanan tersebut perlu dihayati dlm konteks masa kini.

Sbg pelajar misalnya, pengorbanan perlu dilakukan dlm aspekpeningkatan akhlak dan akademik. Seseorg pelajar hendaklah berusaha mentaati segala perintah Allah dan menjauhi serta meninggalkan segala larangan-Nya. Pelajar juga seharusnya tidak perlu mengeluh apabila dibebani dgn tugasan yg byk. Inilah masanya anda perlu mengorbankan masa berseronok serta tenaga dgn menyiapkan segala tugasan yg diberikan. Kita berdoa agar segala pengorbanan yg dilakukan akan mendpt ganjaran dari Allah SWT...Ameen..

Akhir kata, semoga dgn kehadiran bulan Zulhijjah ini akan mampu mendidik dan melatih individu Islam supaya sanggup berkorban harta, tenaga dan nyawa demi menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini..

P/S: Selamat Hari Raya Aidil Adha@Korban@Haji & Happy Eid aL adHa....